Jumaat, 21 Mac 2014

JENIS-JENIS KULIT

Kenal Pasti Jenis Kulit Kita

Apakah janis kulit anda?



Sebelum mencuba apa-apa produk kenal pasti dahulu jenis kulit untuk disesuaikan dengan produk yang ingin dicuba agar tidak menghadapi sebarang masalah yang menjadi kekesalan. Berikut adalah tips untuk mengenal pasti jenis kulit:-



KULIT NORMAL / BIASA

-  Warna kulit sekata
-  Kulit yang seimbang antara kulit kering dan berminyak
-  Liang roma kecil
-  Kulit jarang bermasalah atau mendapat jerawat

KULIT KERING

-  Kelenjar minyak kurang aktif menyebabkan kurang penghasilan sebum
-  Tekstur kulit kasar, kadang-kadang mengelupas
-  Liang roma kecil, ada kalanya tidak kelihatan
-  Kedutan dan garis halus jelas kelihatan
-  Kebiasaannya bebas dari jerawat 
-  Warna kulit tidak sekata (berjeragat)

KULIT BERMINYAK

-  Kelenjar minyak sangat aktif menyebabkan terlalu banyak penghasilan sebum
-  Muka kelihatan berkilat dan melekit
-  Liang roma besar jelas kelihatan
-  Mudah dijangkiti jerawat kerana liang roma mudah tersumbat dan menyebabkan radang.

KULIT KOMBINASI

-  Gabungan ketiga-tiga jenis kulit iaitu, kulit normak, kering dan berminyak
-  Secara amnya, bahagian zon-T berminyak dan kering di bahagian pipi dan dagu
-  Liang roma di zon-T besar dan mudah dijangkiti jerawat

KULIT SENSITIF

-  Kulit kemerahan
-  Terlalu sensitif pada alahan
-  Sangat tegang dan nipis
-  Kapilari pecah pada pipi dan sisi hidung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan