Solat Sunat Dhuha
boleh dianggap sebagai rasa
terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT
atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.
atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.
Rasulullah SAW tidak pernah
meninggalkan solat ini tanpa
keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya.
keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya.
Abu Hurairah pernah
berkata: “Rasulullah SAW berwasiat
kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan
kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan
~ puasa tiga hari tiap bulan,
~ dua raka’at Dhuha
dan
~ Witir sebelum tidur.
” Daripada Abu Dzar r.a.,
Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi
bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih
adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan
setiap takbir adalah sedekah.
Menyuruh kebaikan adalah
sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah.
Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.
Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.
” (HR Ahmad, Muslim dan Abu
Daud) .
Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.
Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat
solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.
” (HR Al-Hakim dan
At-Tabrani) . . .
Waktu Solat Dhuha Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi. Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.

Zaid bin Arqam r.a.
berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang
mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda; “Inilah solat orang-orang yang
kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana
kepanasan waktu Dhuha.” (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi). .
1) Bilangan rakaat :
2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi
anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi \
Niatnya:
"Sahaja aku sembahyang
sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
3). Antara surah-surah yang
dianjurkan ulama ialah: .
~~>. Solat sunat
Dhuha dua rakaat:
*Ayat al-Kursi 10 kali dan
Al-Ikhlas 10 kali atau;
* As-Syams dan Ad-Dhuha.
atau;
*Al-lail dan Al-Insyirah.
.
~~>. Solat Dhuha lebih
daripada 4 rakaat;
* Solat Pertama : As-Syams
dan Ad-Dhuha.
* Solat Seterusnya : Surah
al-Kafirun dan Al-Ikhlas . .
Baca ketika sujud yang
terakhir - 3 kali
Baca doa ini selepas solat
terjemahan di dalam
rumi
Allahumma innadh Dhuha~a
Dhuha~uka,
Wal bahaa~a
bahaa~uka
Wal jamaala jamaaluka
Wal quwwata quwwatuka
Wal qudrata qudratuka
Wal ishmata ishmatuka
Allahhuma inkaana rizqi fis
samma-i fa anzilhu
Wa inkaana fil ardhi
fa~akhrijhu
Wa inkaana mu'asaran
fayassirhu
Wainkaana haraaman
fathahhirhu
Wa inkaana Ba'idan fa
qaribhu Bihaqqiduhaa~ika
wa bahaaika
Wa jamalika
wa quwwatika
waqudratika Aatini maa
ataita
'ibaadakash shalihin
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu,
kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu
kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya
Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi,
keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh,
dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang
soleh.
Kredit utk Saliza Manhttp://ennanorman.blogspot.com/2014/01/solat-sunat-dhuha_30.html#more
Perkongsian yang bagus
BalasPadam